terbahagi kepada dua, iaitu enjin 2 lejang dan enjin 4 lejang.
Enjin 2 Lejang
Enjin dua lejang mempunyai prinsip pengendalian yang berbeza daripada enjin empat lejang iaitu enjin dua lejang melengkapkan keempat-empat proses (masukan, mampatan, kuasa dan ekzos) yang dilakukan pada enjin empat lejang dalam setiap dua lejang, ataupun setiap satu putaran enjin sahaja. Ia dilakukan dengan menggunakan bahagian permulaan lejang mampatan bagi melaksanakan fungsi lejang masukan dan ekzos secara serentak. Dengan ini, enjin dua lejang menghasilkan kuasa spesifik yang lebih tinggi, menjadikannya sesuai bagi kerja-kerja ringan dan mudah alih seperti gergaji rantai sehinggalah kepada penggunaan berskala besar seperti lokomotif kereta api. Dari segi pelinciran, enjin petrol dua lejang memerlukan minyak pelincir khas yang boleh terbakar, dikenali sebagai minyak 2T disebabkan operasi kitar dua lejang turut melibatkan ruangan dalam kotak engkol, tidak seperti kotak engkol enjin empat lejang yang terasing sepenuhnya daripada kebuk pembakaran. Pembakaran minyak 2T ini merupakan satu penyebab utama kepadapencemaran yang dihasilkan oleh enjin petrol dua lejang.
Enjin dua lejang beroperasi dengan hanya dua lejang, berbanding empat lejang bagi enjin kitar Otto:
- Kuasa/ekzos
- - Peringkat ini bermula sebaik sahaja campuran udara-bahan api terbakar, menyebabkan gas pengembangan mengembang dan memaksa omboh turun ke bawah, menghasilkan kuasa pada enjin. Gerakan omboh ke bawah juga memampatkan campuran udara-bahan api-pelincir, maka apabila omboh terus bergerak ke bawah sehingga membuka liang masukan dan liang ekzos, gerakan omboh ke bawah memaksa campuran udara-bahan api-pelincir yang segar masuk ke dalam kebuk pembakaran dan memaksa gas ekzos keluar.
- Masukan/mampatan
- - Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api-pelincir. Gerakan omboh ke atas menyebabkan tekanan udara di dalam kotak engkol menjadi rendah, membolehkan campuran udara-bahan api-pelincir dari karburetor masuk ke dalam kotak engkol melalui satu injap dedaun. Campuran udara-bahan api-pelincir termampat dibakar, dan kitar dua lejang berulang.
Enjin 4 Lejang. Hari ini, jenis enjin pembakaran dalaman yang paling lazim digunakan pada kenderaan seperti kereta, bas, lori dan motosikal adalah enjin empat lejang, sama ada enjin petrol ataupun enjin Diesel. Satu lejang merujuk kepada gerakan omboh dari titik tetap atas ke titik tetap bawah atau sebaliknya; maka enjin empat lejang mendapat namanya daripada empat lejang yang masing-masing menjalankan satu fungsi khas iaitu masukan, mampatan, perolehan kuasa dan penyingkiran gas ekzos.
Enjin empat lejang yang juga dikenali sebagai enjin kitar Otto mula dipatenkan oleh Eric B. Davidson dan Felice Matteucci pada 1854 diikuti dengan prototaip pertama pada tahun 1860. Ia juga dikonsepkan oleh jurutera Perancis, Alphonse Beau de Rochas pada tahun 1862 dan secara bebas, oleh jurutera Jerman Nicolaus Otto pada 1876.
Kitaran kuasa terdiri daripada mampatan adiabatik, penambahan haba seisipadu, pengembangan adiabatik serta penyingkiran haba seisipadu, diwakili dengan perwatakan empat lejang, atau gerakan naik-turun omboh di dalam silinder:
- Lejang masukan
- - Injap masukan terbuka. Omboh bergerak ke bawah dan menyedut campuran udara-bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel) ke dalam kebuk pembakaran.
No comments:
Post a Comment