Monday, 4 June 2012



FUEL SYSTEM (Sistem Bahan Api)




Suntikan bahan api atau pancitan bahan api adalah sistem kenderaan yang bertugas mengangkut bahan api ke kenderaan selain daripada penggunaan karburetor. Dua jenis suntikan bahan api yang paling lazim adalam sistem suntikan bahan api petrol dan diesel. Suntikan bahan api membawa bahan api bertekanan tinggi dan menyemburkannya menjadi titisan halus ke ruang rongga masukan (bagi kes enjin petrol) ataupun secara terus ke dalam kebuk pembakaran (bagi kes enjin diesel) untuk menambah luas permukaan cecair bahan api bagi pembakaran yang lebih cekap. Sebelum ini, kebanyakan enjin petrol menggunakan karburetor tetapi sekarang boleh dikatakan hampir kesemua model kereta terkini menggunakan suntikan bahan api manakala karburetor hanya digunakan pada enjin-enjin yang kecil seperti pada motosikal.




Antara komponen-komponen utama system ini adalah.




yang paling penting adalah Fuel Cap..





haaa...
kalau xder Fuel Cap, camne nak isi minyak kann...


Fuel Tank


Fungsi- adalah untuk menyimpan minyak dan melindungi minyak daripada tertumpah yang boleh menyebabkan kebakaran. Fuel Tank kebiasaan nya diletakkan di bahagian bawah belakang kenderaan bagi enjin dihadapan. 


Fuel Pump dan Fuel Filter.

dulu kebanyakan Fuel pum terletak diluar Fuel Tank iaitu terletak antara saluran Fuel Tank ke Throtle Body. Fuel Filter pula disediakan sekali dalam Fuel Pump dan di pasang terus. kalau nak tukar fuel filter kena tukar skali dengan pump. nak tukar senang.

Fuel Pump

Component


Tapi...sekarang dah lain..cuma kena tukar filter dia jer..


dan ia terletak didalam fuel tank. susah sikit la nak bukak..tapi jimat kos, bagi pengeluar jer laa..harga stil mahal jugak..adoooiiiii..xpaham betul aku..

yang penting safety..

Throtle Body



fungsi throtle body nie adalah untuk membuka dan menutup laluan udara masuk ke intake manifold mengikut level yang ditekan oleh pemandu. Dulu Throtle body ni menggunakan system makenikal, iatu menggunakan kabel/tali dawai untuk menggerakkan valve.macam yang kat atas nie. Tapi sekarang kebanyakan pengeluar automobil dah pakai system electronic macam kat bawah nie..

 symple dan systematic..tapi harga bleh tahan laa..klu rosak kena tukar seketul..nak baiki boleh..tue pon kalau technician tue specialist bahagian nie..rasanya susah nak jumpa..

intake manifold.

fungsi- mengenemukan atau menjodohkan atau nama saintifik die mencampurkan bahan api dan udara sebel..huhuhuuu...


sebelum masuk ke block atau nama saintifik kebuk pembakaran. minyak akan disemburkan semasa udara lalu masuk yang disedut dari block. nisbah udara dan minyak kebiasaan nya adalah.


fuel Line (Laluan Bahan Api)



      Ianya dibuat daripada ‘steel tubing’ dan ada juag di buat daripada’polyethylene’. Ianya berfungsi sebagai saluran untuk memindahkan bahan api dari tangki ke pam dan ke karburetor. Bagi penyambungan pada bahagian- bahagian yang bergerak pada kebiasaannya saluran tersebut di sambung dengan ‘flexible hose’. Ini bertujuan untuk mengelakan saluran tersebut daripada bengkok atau patah.


Penunjuk bahanapi(Fuel Gauge).

       Ianya di gunakan untuk mengukur paras bahan api di dalam tangki. Komponen-komponennya terdiri daripada pelampung dalam tangki dan penunjuk di panel dash board. Terdapat dua jenis penunjuk bahan api yang banyak digunakan pada kereta:

Gelung Imbangan



      Penunjuk bahan api ini terdiri dari dua unit iaitu unit penghantar dan unit tolok.
Litar ini hanya memerlukan arus yang sedikit sahaja iaitu hanya 0.5 amp. Unit penghantar terdiri daripada satu sesentuh bergelonsor yang mempunyai rintangan yang berubah-ubah. Unit tolok pula terdiri dari dua gegelung yang diletakan 90 darjah diantara satu sama lain. Diantara gegelung itu dipasangkan angker dan penunjuk.


jenis panas.



Penunjuk bahan api jenis ini juga terdiri dari dua unit iaitu unit penghantar dan unit tolok. Kedua-dua unit ini disambungkan secara siri oleh satu dawai tunggal. Unit penghantar diletakan didalam tangki bahan api sementara unit tolok diletakan dipanel alat-alat. Sebagai tambahan penunjuk bahan api jenis ini dilengkapkan dengan alat ubah voltan untuk mengawal voltan. Unit penghantar terdiri dari satu reostat yang boleh mengubah-ubahkan rintangan didalam litar mengikut paras bahan api didalam tangki. Unit tolok pula terdiri dari satu jarum penunjuk yang dikawal oleh lengan dua logam dan gelung pemanas.


Saring Udara.


Penapis udara merupakan alat yang dipasang pada bahagian atas muncung karburator.Ianya berfungsi untuk menapis segala kekotoran yang datang dari saluran udara daripada masuk ke dalam karburator dan seterusnya di dalam enjin.Jika tiada penapis udara ini maka segala kekotoran akan memasuki ke dalam enjin dan menyebabkan enjin menjadi kotor dan akan mudah terdedah kepada kerosakan dan haus dan seterusnya jangka hayat enjin tersebut akan berkurangan.

Penapis udara yang dipasangkan pada muncung karburator adalah bertujuan untuk mengurangkan kelajuan udara yang masuk,dengan itu akan menjimatkan penggunaan bahan api, menolak percikan voltan tinggi semasa terjadinya ‘back fire’ dan mengambil hawa panas dari ‘exhaust manifold’ untuk tujuan pengeluwapan bahan api sebelum masuk ke dalam silinder dan dengan ini pembakaran akan mudah dilakukan.



Jenis-Jenis Penapis Udara.

a. Jenis Basahan Minyak (Oil Wetted).

Pada penapis jenis ini,ia dapat memberikan satu penapisan yang sempurna di mana kadar habuk yang masuk adalah berkurangan.Bahan yang digunakan pada sistem ini ialah satu gelungan wayar yang diselang selikan (wire mesh) yang diselaputi dengan minyak.Segala kotoran akan melekat pada minyak.Penapis ini mestilah sentiasa dicuci pada setiap 8,000 km atau 5,000 km.Cara mencuci penapis jenis ini ialah dengan mencuci gelungan wayar dengan petrol atau paraffin.Setelah itu hendaklah dikeringkan dan kemudiannya lumur semula dengan minyak enjin sebelum di pasang biarkan minyak yang berlebihan menitis terlebih dahulu.







b. Jenis Elemen Lipatan Kertas (Paper Pleated Element)

Penapis jenis ini pula menggunakan kertas sebagai alat penapisnya.Kertas ini dikenali sebagai ‘ resin impregnated paper element’.Binaan pada kertas ini dibuat berlipat-lipat dan padanya juga terdapat lubang-lubang yang sangat halus.Dengan melipat-lipat kertas ini,ia dapat mengadakan permukaan tapisan yang sangat luas dan dapat mengelakkan berlaku nya penapis ini dari tersumbat.Kebiasaannnya penapis ini ditukar pada tiap-tiap 16,000 km hingga 20,000 km.




c. Jenis Mandi Minyak (Oil Bath)

Penapis jenis ini sangat memuaskan.Ianya terdiri daripada 2 peringkat.Peringkat pertama udara masuk secara berpusar akan menyebabkan habuk-habuk yang ada bersamanya akan melekat pada permukaan minyak yang bertakung.Pada peringkat kedua pula sebahagian dari minyak akan naik dibawa oleh udara yang masuk melaluinya ke elemen pusaran wayar besi (steel mesh wire element).Di sini segala kotoran yang melekat pada minyak tadi akan melekat pula pada elemen wayar.Penapis ini dibentuk sebegitu rupa adalah untuk menapis segala kotoran dari masuk ke dalam enjin dan disamping itu juga dapat mengelakan kotoran dari masuk ke karburator dan ruang pelampung (float chamber).Servis perlu dilakukan setiap 4,000 km dan jangka penggunaannya.Penapis dicuci dengan menggunakan petrol atau parraffin.Apabila hendak mengisi semula minyak ke dalam takungan hendaklah diisi dengan minyak yang bersih dan pastikan ia beada pada paras yang betul.



d. Jenis Empar (Centrifugal Type)

Penapis jenis ini dapat menapis udara dengan baik.Udara yang masuk secara berpusar akan mengeluarkan segala habuk-habuk melalui lubang-lubang kecil yang dibuat perumahnya (casing) secara kuasa balingan.Kemasukan udara yang berpusar ini akan membawa segala habuk-habuk masuk bersama-samanya.Tetapi habuk ini akan tercampak keluar apabila ia terkena lubang-lubang atau lurah-lurah yang dibuat pada atas perumah ini.Kuasa balingan terhasil dari pusaran udara yang masuk tadilah yang sebenarnya menolak segala habuk-habuk tadi.Udara itu boleh berpusar adalah kerana reka bentuknya terutama sekali pada vane yang telah dibuat mengikut sudut tertentu.Rawatan pada penapis jenis ini tidak lah rumit.Hanya yang perlu kita pastikan bahawa intake vane tidak tersumbat.




sekian..

terima kasih.. :-)